Harga besi menurun pada Mac - Utusan Malaysia

Harga besi menurun pada Mac

Harga besi menurun pada Mac 2025. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks harga seunit besi mencatatkan penurunan antara negatif 0.1 peratus hingga negatif 4.2 peratus pada Mac 2025, kata Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, penurunan tertinggi bagi indeks harga bahan ini telah dicatatkan di Perak (-4.2 peratus), diikuti dengan Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan dan Kuching (masing-masing negatif 2.0 peratus).

Selain daripada itu, katanya, indeks harga seunit keratan keluli & logam juga mencatatkan penurunan kecil iaitu antara negatif 0.1 peratus hingga negatif 1.1 peratus bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Mac 2025 berbanding bulan lepas.

“Penurunan tertinggi bagi indeks harga seunit besi ini telah direkodkan di Kuching (-1.1 peratus).

“Tambahan itu, indeks harga seunit pasir telah merekodkan peningkatan antara 0.1 peratus hingga 1.4 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Mac 2025 berbanding bulan lepas.

“Peningkatan tertinggi direkodkan di Pahang (1.4 peratus), diikuti dengan Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (1.3 peratus) dan Perak (1.1 peratus),” katanya dalam kenyataan.

Dalam tempoh yang sama, beliau berkata, terdapat peningkatan indeks harga seunit simen pada Mac 2025 berbanding bulan lepas iaitu bagi beberapa kawasan iaitu Johor (1.8 peratus), diikuti dengan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dan Tawau (masing-masing 0.9 peratus), manakala indeks harga bahan ini kekal tidak berubah bagi kawasan lain.

Mohd. Uzir berkata, perbandingan tahunan untuk tempoh Mac 2024 dan Mac 2025 menunjukkan bahawa indeks harga seunit simen merekodkan peningkatan antara 0.2 peratus hingga 4.0 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Peningkatan tertinggi bagi indeks ini dicatatkan di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (4.0 peratus), diikuti dengan Johor (3.5 peratus) dan Pahang (3.3 peratus).

“Namun, perbandingan tahunan indeks harga seunit besi pula mencatatkan penurunan antara negatif 1.1 peratus hingga negatif 18.9 peratus pada Mac 2025 berbanding bulan yang sama tahun lalu bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Penurunan tertinggi bagi indeks harga seunit besi direkodkan di Perak (-18.9 peratus),” ujarnya.

Beliau berkata, purata harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan Mycon 60 high tensile deformed bars mencatatkan penurunan (-1.1 peratus) dengan purata harga RM3,505.28 bagi setiap tan metrik berbanding bulan sebelumnya (Februari 2025: RM3,545.15 per tan metrik).

“Sementara itu, purata harga simen Ordinary Portland pula telah merekodkan peningkatan kecil (0.2%) dengan purata harga RM23.65 per 50kg sekarung berbanding Februari 2025 (RM23.60 per 50kg sekarung).

“Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) termasuk bar keluli mengikut kategori bangunan dan kawasan di Semenanjung mencatatkan penurunan antara negatif 0.2 peratus hingga negatif 1.7 peratus pada Mac 2025 berbanding bulan sebelumnya,” jelasnya.

Mohd. Uzir berkata, penurunan ini dicatatkan bagi hampir semua kategori bangunan dan kawasan kecuali bagi bangunan kayu dan cerucuk kayu di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu dan Kelantan.

Jelasnya, IKB termasuk bar keluli di Sabah pula menunjukkan penurunan kecil antara negatif 0.1 peratus hingga negatif 0.3 peratus bagi semua kategori bangunan di Kota Kinabalu dan Sandakan pada Mac 2025 berbanding bulan sebelumnya.

“Sementara itu, IKB di Tawau pula telah merekodkan peningkatan iaitu antara 0.1 peratus hingga 0.3 peratus bagi hampir semua kategori bangunan.

“Perbandingan bulanan IKB termasuk bar keluli di Sarawak pada Mac 2025 merekodkan penurunan kecil antara 0.2 peratus hingga negatif 1.1 peratus bagi hampir semua kategori bangunan kecuali indeks bagi bangunan kayu dan cerucuk kayu di Kuching dan Sibu.

“Selain itu, IKB termasuk bar keluli bagi hampir semua kategori bangunan di Miri pula kekal tidak berubah berbanding bulan sebelumnya,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya