Fibromat sedia bida kerja-kerja bagi projek lebuh raya di Malaysia Timur

Fibromat sedia bida kerja-kerja bagi projek lebuh raya di Malaysia Timur

NG Kian Boon (tiga, kiri) dalam Majlis Pelancaran Prospektus IPO Fibromat (M) Berhad di sebuah hotel di Petaling Jaya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fibromat Berhad, penyedia perkhidmatan geoteknikal dan produk kawalan hakisan tanah, kini aktif membida beberapa pakej kerja untuk projek-projek pembinaan lebuh raya di Malaysia Timur.

Ia susulan rancangan penyenaraian IPO syarikat itu Pasaran ACE Bursa Malaysia dijadual 8 Mei ini. Hari ini, Syarikat itu melancarkan Prospektus menjelang penyenaraian dengan sasaran RM17.8 juta.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Fibromat, Ng Kian Boon, Syarikat kini aktif membida beberapa pakej kerja untuk Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B yang bernilai RM15.7 bilion dan projek Jalan Penghubung Sarawak-Sabah bernilai RM7.4 bilion.

“Kami juga aktif membida pelbagai pakej penyelenggaraan jalan dan infrastruktur negeri bernilai RM5.4 bilion di bawah Belanjawan 2024.

“Peningkatan kapasiti pengeluaran di kilang baharu kami serta penubuhan pasukan pemasangan PVD (Prefabricated Vertical Drain) dalaman, kami yakin berupaya untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang lebih luas, seterusnya membawa kepada prestasi kewangan yang lebih baik untuk Syarikat,” katanya pada majlis pelancaran prospektus Syarikat itu di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Fibromat, Ng Chung Hou berkata, produk lapisan kawalan hakisan (erosion control blanket) yang telah dibangunkan sejak lebih 20 tahun lalu terbukti berkesan dalam memulihkan kawasan terjejas akibat bencana alam itu.

“Teknologi ini telah digunakan di kawasan seperti Melaka Raya dan Batu Kawan, sebelum kawasan tersebut dibangunkan menjadi pusat komersial yang pesat,” katanya dalam sidang akhbar di majlis itu. Dalam pada itu, penyenaraian IPO syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia, akan membabitkan tawaran saham sebanyak 248.3 juta saham biasa.

Permohonan awam bagi tawaran saham itu dibuka bermula hari ini dan akan ditutup pada pukul 5 petang 25 April ini.

Bagi penyenaraian IPO itu, M & A Securities Sdn. Bhd. merupakan penasihat utama, penaja, penjamin tunggal dan ejen penempatan tunggal. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya