PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 26.10 mata kepada 1,440.86 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,454.76 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,474.05.
Jumlah dagangan sebanyak 2.98 bilion unit bernilai RM2.06 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 798 berbanding 250 dengan 360 kaunter tidak berubah dan 993 tidak diniagakan.
Selain itu, Indeks STI Singapura menaik 41.37 mata kepada 3,553.90 ketika berita ini ditulis.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun turut naik 396.78 mata kepada 33,982.36, manakala Indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 23.17 mata kepada 2,455.89. – UTUSAN