PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 0.24 mata kepada 1,443.56 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,443.80 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,451.43.
Jumlah dagangan sebanyak 3.32 bilion unit bernilai RM2.83 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 669 berbanding 367 dengan 419 kaunter tidak berubah dan 894 tidak diniagakan.
Selain itu, Indeks STI Singapura menurun 51.40 mata kepada 3,489.10 ketika berita ini ditulis.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menaik 1,876.00 mata kepada 33,012.58, manakala Indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 6.03 mata kepada 2,334.23. – UTUSAN