WASHINGTON: Selepas berminggu-minggu mencetus kekacauan ekonomi dengan rancangan pelaksanaan tarif tinggi terhadap barangan import, seperti diduga, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akhirnya mengubah pendirian. Dalam hantaran di media sosial semalam, Trump mengumumkan tarif import dari banyak negara rakan dagang utama AS ditangguhkan selama 90 hari hanya 13 jam selepas ia dikuatkuasakan. Import dari 60 negara rakan dagangan AS termasuk Kesatuan Eropah (EU) kini akan dikenakan tarif rata sebanyak 10 peratus yang diperkenalkan Trump terhadap barangan masuk dari semua negara asing mulai 5 April lalu. APA BERLAKU SELEPAS 90 HARI?…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya