SME Bank, CDC International bekerjasama perluas akses kewangan PMKS - Utusan Malaysia

SME Bank, CDC International bekerjasama perluas akses kewangan PMKS

Ketua Pegawai Digital & Teknologi Kumpulan SME Bank, Hairil Izwar Abd Rahman (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif CDC International Sdn Bhd, Putri Nurul Ida Yahya menunjukkan MOU yang ditandatangani di Majlis Menandatangani MoU antara SME Bank dan CDC International Sdn Bhd.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan CDC International Sdn. Bhd. (CDCi) bagi memperluas akses kewangan serta penyelesaian digital untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini.

Kerjasama itu turut merangkumi inisiatif pembangunan keupayaan secara menyeluruh melalui anak syarikat SME Bank, Centre for Entrepreneur Development & Research (CEDAR).

Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim berkata, kerjasama dengan CDCi mencerminkan komitmen bank untuk membantu PKS tempatan meningkatkan dan memajukan aspirasi mereka.

Ujarnya, sejak 2021, platform digital SME Bank termasuk ELSA, ScoreXcess dan ODELA telah menyokong hampir 5,000 PKS merentas sektor utama.

“Kerjasama ini memberi penekanan kepada pemudah cara akses pasaran dan pembangunan perniagaan melalui CDC Speed, sebuah platform perolehan digital yang menghubungkan pembekal PKS dengan pembeli besar daripada sektor awam dan swasta.

“Ini adalah selaras dengan komitmen kami untuk membina ekosistem digital yang kukuh serta menyokong rangka kerja kerajaan yang memberi keutamaan kepada ekonomi digital sebagai pemacu utama pertumbuhan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, sejajar dengan mandat pembangunan SME Bank, fokus akan terus diberikan kepada sektor-sektor strategik utama, termasuk segmen Teknologi dan Digital melalui program inovatif seperti SME Technology Transformation Fund (STTF) seperti yang diamanahkan dalam Belanjawan 2025.

“Sementara itu, latihan, pensijilan dan pembinaan kapasiti akan digerakkan melalui anak syarikat kami, CEDAR menerusi program pembangunan keusahawanan yang melangkaui pembiayaan.

“Saya yakin kepakaran kolektif antara SME Bank dan CDCi bukan sahaja akan mengintegrasikan aspek kewangan dan teknologi tetapi juga dapat membina ekosistem yang kukuh menerusi inisiatif pembangunan keupayaan yang berkesan.

“Ini akan memastikan PMKS mampu berkembang maju dalam persekitaran perniagaan yang semakin mencabar dan berdaya saing,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya