Reach Ten meterai perjanjian taja jamin IPO di Pasaran Utama - Utusan Malaysia

Reach Ten meterai perjanjian taja jamin IPO di Pasaran Utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat perkhidmatan telekomunikasi berpangkalan di Sarawak, Reach Ten Holdings Berhad (Reach Ten) menandatangani perjanjian taja jamin dengan M & A Securities Sdn. Bhd. (M & A Securities) bagi penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

Syarikat itu dijadualkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Securities pada Mei 2025.

Tawaran awam permulaan (IPO) melibatkan terbitan awam sebanyak 200 juta saham baharu (Saham Terbitan) dan tawaran untuk penjualan 100.0 juta saham sedia ada (Saham Tawaran), masing-masing mewakili 20 peratus dan 10 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan.

Pengarah Urusan Reach Ten, Leo Chin berkata, pemeteraian perjanjian itu akan membawa syarikat selangkah lebih dekat ke arah penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Securities.

“Perlaksanaan IPO ini adalah tepat pada masanya untuk syarikat kerana ia akan membolehkan Reach Ten mengumpul dana untuk mengembangkan infrastruktur telekomunikasinya di Sarawak.

“Ini bagi menyokong inisiatif kerajaan negeri untuk meluaskan liputan dan ketersambungan internet, terutamanya liputan 4G dan 5G ke kawasan luar bandar.

“Rekod prestasi masa lalu kami adalah bukti keupayaan teknikal dan keupayaan kami untuk menyelesaikan projek.

“Selama bertahun-tahun, kami telah mengambil bahagian dan menyelesaikan beberapa projek inisiatif kerajaan untuk meningkatkan ketersambungan di seluruh Sarawak, di kawasan bandar dan luar bandar,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, rekod prestasi syarikat adalah bukti keupayaan teknikal dan keupayaan dalam pelaksanaan projek di dalam bidang telekomunikasi.

“Ini termasuk dalam mengambil bahagian dan menyelesaikan projek inisiatif kerajaan untuk meningkatkan ketersambungan di kawasan bandar dan luar bandar di Sarawak,” ujarnya.

Menurut Perjanjian taja jamin, M & A Securities akan menaja jamin sejumlah 75.0 juta Saham Terbitan yang ditawarkan kepada orang awam Malaysia melalui pengundian.

Bagi permohonan oleh pengarah dan pekerja kumpulan Reach Ten yang layak serta orang yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan menerusi peruntukan borang merah jambu.

Baki 125 juta Saham Terbitan akan diperuntukkan secara persendirian kepada pelabur Bumiputera terpilih yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Bagi bahagian tawaran untuk jualan pula, sebanyak 100 juta Saham Tawaran dikhaskan untuk penempatan persendirian kepada pelabur terpilih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya