Proton, Ezz Elarab lancar Saga buatan Mesir - Utusan Malaysia

Proton, Ezz Elarab lancar Saga buatan Mesir

LI Chunrong )enam dari kanan) bersama pengurusan Proton dan Ezz Elarab dalam majlis pelancaran Proton Saga CKD Mesir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Divisyen jualan antarabangsa Proton (ISD) melancarkan Proton Saga yang dipasang siap di Mesir, hasil kerjasama bersama pengedar tempatan Kumpulan Ezz Elarab, sekali gus menandakan gandingan dua syarikat selama 20 tahun.

Komitmen tersebut direalisasikan hanya tiga bulan selepas majlis perasmian rasmi kilang pemasangan tempatan (CKD) Ezz Elarab Elsewedy Automotive Factories (ESAF) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada November 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, kedudukan strategik Mesir di antara wilayah Timur Tengah dan Afrika serta populasinya yang ramai dan pemulihan pasaran yang menjanjikan, memberikan peluang pertumbuhan yang luar biasa bagi Proton.

“Bagi pasaran Mesir, tumpuan Proton adalah pada Proton Saga tetapi syarikat akan menerokai peluang untuk melancarkan produk lain, termasuk kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan elektrik (NEV) apabila peluang diberikan oleh keadaan pasaran.

“Tahun lalu, , jumlah jualan eksport Proton telah mengalami penambahan sebanyak 31.1 peratus dan Mesir memainkan peranan penting untuk mencapai keputusan ini. Justeru, Proton mengukuhkan komitmen kami untuk menjadikan eksport sebagai tonggak utama strategi masa depan syarikat dan berharap untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dengan rakan kongsi kami di Mesir,” katanya.

Kilang CKD ESAF telah dibina dengan pelaburan AS$50 juta dan mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 40,000 kenderaan (dua syif).

Ia juga menandakan komitmen Mesir terhadap pembangunan industri dengan menggunakan kemudahan komponen sumber tempatan dan rancangan untuk pengembangan masa depan, termasuk pengeluaran EV, sejajar dengan Wawasan 2030 Mesir.

Ketua Pegawai Eksekutif Ezz Elarab Elsewedy Investment (ESI), Eng. Amr Abu Al-Saud berkata, dengan permulaan pengeluaran besar-besaran pada suku pertama 2025, menandakan permulaan era baharu dalam pembuatan tempatan.

“Selama 20 tahun, kerjasama antara Proton dan Ezz Elarab Automotive telah berjaya menjual lebih 18,000 kenderaan di pasaran Mesir. Kejayaan ini telah membuktikan kecekapan dan kebolehpercayaan model Proton untuk menjadikannya pilihan utama pembeli.

“Kami kekal komited untuk memberikan tahap keselamatan, keselesaan dan teknologi moden yang tertinggi dalam kenderaan kami, dan kami tidak sabar untuk melihat Proton Saga baharu di jalan raya Mesir kerana ia meneruskan legasi kejayaan Proton di negara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya