PETALING JAYA: RHB Research positif terhadap prospek jangka panjang IHH Healthcare Bhd., didorong kekuatan jenama selain peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan dan fokus kepada pelanggan mewah bagi memberikan daya tahan pendapatan. Firma penyelidikan itu juga kekal yakin dengan pelan strategik pertumbuhan oraganik dan bukan organik kumpulan itu. Katanya, sehingga Disember 2024, kumpulan itu telah menambah sejumlah 1,004 katil bagi memenuhi sasaran pengembangan sebanyak 4,000 katil menjelang 2028. “Fokus pengembangan selebihnya akan tertumpu kepada pasaran membangun seperti di Malaysia dan India, memberikan peluang kepada IHH untuk meneroka kawasan yang memiliki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya