PETRA tingkat 30% pengeluaran untuk koleksi Lebaran 2025 - Utusan Malaysia

PETRA tingkat 30% pengeluaran untuk koleksi Lebaran 2025

AMMAR Hazwan (dua dari kiri) bersama pempengaruh yang menggayakan Koleksi Lebaran 2025 PETRA pada Previu PETRA Lebaran di Pavilion Damansara Heights di sini, baru-baru ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jenama fesyen terkenal, PETRA meningkatkan pengeluaran baju raya koleksi Lebaran 2025 sehingga 30 peratus berbanding tahun lepas untuk memenuhi permintaan para peminat jenama tersebut.

Pengarah Kreatif PETRA Design Haus, Ammar Hazwan berkata, peningkatan ketara tersebut secara tidak langsung menunjukkan peminat koleksi baju raya PETRA bertambah dengan konsisten setiap tahun.

“Kami meningkatkan pengeluaran sehingga 20 ke 30 peratus setiap tahun bagi memenuhi kehendak peminat setia koleksi lebaran PETRA.

“Untuk mengekalkan jualan yang memberangsangkan bukan sesuatu yang mudah tetapi kami percaya dengan teknik pemasaran yang betul bagi menarik lebih ramai pengikut akan membantu dari segi jualan kami,” katanya ketika ditemui selepas sesi pra-tonton PETRA Lebaran 2025 Collection di Pavillion Damansara Heights, di sini baru-baru ini.

ANTARA koleksi PETRA Lebaran 2025.

Ammar berkata, tahun ini PETRA menawarkan sehingga 40 rekaan baju raya khususnya untuk wanita, dengan tetap mengekalkan gabungan potongan klasik dan moden untuk menyerikan penampilan pemakainya di Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Koleksi terbaharu PETRA masih bermotifkan flora dan fauna serta keindahan alam semula jadi yang tenang, motif botani dan bunga yang asli yang dihidupkan melalui palet warna natural dan segar.

“Apa yang penting, material yang kami gunakan seperti kapas, sifon, crepe dan organza memberikan keselesaan kepada sesiapa yang memakainya di hari raya nanti,” ujarnya.

Untuk para lelaki, PETRA turut menyediakan pilihan Baju Melayu Teluk Belanga bersama padanan sampin yang klasik dalam pilihan warna-warna polos dan moden pada harga RM199.

PETRA Lebaran 2025 Collection boleh didapati di laman www.petrartw.com atau pembelian terus di butik PETRA di Shah Alam, Selangor, Isetan KLCC dan di Pavilion Damansara Heights pada harga bermula dari RM329 sehingga RM549. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya