PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 15.66 mata kepada 1,527.81 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,512.15 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,517.28.
Jumlah dagangan sebanyak 3.28 bilion unit bernilai RM2.39 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 708 berbanding 301 dengan 425 kaunter tidak berubah dan 1,002 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun tumbuh 343.42 mata atau 0.93 peratus kepada 37,396.52 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 1.73 peratus kepada 2,610.69 dan Indeks STI Singapura naik 0.61 peratus kepada 3.859.36.-UTUSAN