PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 12.72 mata kepada 1,515.09 pukul 9.07 pagi hari ini, berbanding 1,527.81 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,513.29.
Jumlah dagangan sebanyak 187.0 juta unit bernilai RM148.83 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 251 berbanding 121 dengan 281 kaunter tidak berubah dan 1,795 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun naik 246.03 mata atau 0.65 peratus kepada 38,091.45 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 0.98 peratus kepada 2,638.01 dan Indeks STI Singapura naik 0.91 peratus kepada 3,907.12-UTUSAN