PETALING JAYA: Pasaran rumah sewa Malaysia mencecah paras tertinggi lima tahun pada suku keempat 2024, meningkat 3.9 peratus tahun ke tahun kepada purata RM2,052, menurut laporan Indeks Sewa Rumah IQI Malaysia terkini yang diterbitkan oleh IQI. Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansar berkata, pertumbuhan kekal stabil dan bukannya melampau. Katanya, di negeri tertentu, sewa Kuala Lumpur stabil pada RM2,847 selepas tempoh yang tidak menentu, manakala sewa Selangor menunjukkan pemulihan sederhana. Menurutnya, hakikat bahawa sewa semakin stabil dan bukannya melonjak sepatutnya menjadi berita baik untuk penyewa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya