Northport diiktiraf Zon Rendah Karbon 2024 - Utusan Malaysia

Northport diiktiraf Zon Rendah Karbon 2024

Pengurus, Sistem Pengurusan dan Kelestarian Northport, Mohd Syamim Shukri (kiri) bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MGTC, Saiful Adib Abdul Munaff; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Fakhrul Azhar Tajudin semasa majlis penyampaian Anugerah Sofitel Bandaraya Rendah Karbon 2024 Kuala Lumpur di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Northport (Malaysia) Bhd. (Northport), ahli Kumpulan MMC, diiktiraf sebagai salah satu penerima dalam kategori Zon Rendah Karbon di Anugerah Bandar Rendah Karbon 2024, baru-baru ini.

Bandar Rendah Karbon merupakan inisiatif oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk membantu mengubah bandar-bandar di Malaysia ke arah masa depan rendah karbon.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Fakhrul Azhar Tajudin berkata, Anugerah Bandar Rendah Karbon 2024 adalah bukti komitmen jangka panjang Northport terhadap kelestarian alam sekitar dalam operasi pelabuhan.

“Bagi masa depan yang mampan, Northport kekal komited memperkasakan warga kerja dan pihak berkepentingan kami dengan memainkan peranan dalam membina dunia yang lebih baik untuk generasi akan datang.

“Matlamat utama kami adalah memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di samping memacu perubahan bermakna ke arah masa depan yang lebih hijau dan mampan,” ujarnya dalam kenyataan.

Northport merupakan pelabuhan pertama di Malaysia yang meraih pengiktirafan berprestij ‘4 Diamond’ dalam anugerah ini.

Sejak 2021, Northport telah berjaya mengurangkan pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) sebanyak 33.94 peratus, bersamaan dengan 30,574.29 tan metrik karbon dioksida setara (tCO₂e).

Selain itu, Northport telah meningkatkan potensi penyerapan karbonnya sebanyak 69.26 peratus, dengan mencapai 229.32 tCO setahun.

Sebelum ini, Northport membentangkan data karbon dasarnya dari 2021 dan menjalankan penilaian untukl 2023, memfokuskan pada bidang utama seperti penggunaan tenaga, penggunaan air, pengurusan sisa dan inisiatif penyerapan karbon.

Pada Oktober 2024, data itu telah dibentangkan semasa sesi audit, termasuk lawatan tapak dan proses pengesahan data yang dijalankan oleh MGTC dan proses tersebut melibatkan analisis data, pelaksanaan amalan kemampanan baharu dan komitmen terhadap penambahbaikan berterusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya