MR D.I.Y tawar inisiatif ‘Raya Penuh Makna’ menjelang Hari Raya - Utusan Malaysia

MR D.I.Y tawar inisiatif ‘Raya Penuh Makna’ menjelang Hari Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peruncit perkakasan rumah terbesar, MR D.I.Y. Group (M) Berhad, menjadikan hari raya lebih istimewa tahun ini dengan inisiatif perayaan terbaru, ‘Raya Penuh Makna’

Kempen itu direka untuk membantu rakyat Malaysia meraikan dengan penuh makna, kempen ini menekankan tentang kebersamaan, rasa syukur dan mencipta kenangan yang kekal.

Mengulas mengenai inisiatif ini, Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Group, Alex Goh berkata, hari raya adalah masa untuk memaafkan, bersatu dan menghargai detik-detik bersama orang tersayang. 

“Kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengetepikan perbezaan dan merangkul erti sebenar perayaan ini mengeratkan hubungan, berkongsi kegembiraan dan mencipta kenangan yang berkekalan. Barulah raya penuh makna,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, matlamat syarikat untuk membantu semua orang menikmati Hari raya puasa yang penuh makna. 

“Sama ada melalui pelbagai keperluan perayaan kami pada ‘harga sentiasa rendah’, promosi menarik, filem web eksklusif atau kandungan yang menyeronokkan, kami ingin memberikan nilai hebat dan menjadikan setiap perayaan istimewa. 

“Selain itu, pengalaman terbaik dalam hidup adalah tidak ternilai,” katanya. 

Bagi menambah keseronokan, MR D.I.Y. bekerjasama dengan pelakon tempatan terkenal, Syafiq Kyle, yang membuat kemunculan khas dalam filem web peruncit itu sebagai penjual pisang goreng, kek dan susu berkrim. 

Filem web berdurasi lima minit ini mengambil pendekatan yang menyentuh hati namun humor untuk melihat erti sebenar Hari Raya Aidilfitri.

“Kisah ini mengisahkan Diyanna, yang bertekad untuk muat dengan baju raya kegemarannya dengan menahan diri daripada godaan makanan kegemarannya. 

“Bagaimanapun, apabila nenek beliau mengingatkan bahawa hari raya adalah mengenai rasa syukur, kebersamaan dan kenangan  bukan hanya penampilan, adakah dia akan merangkul kegembiraan sebenar perayaan tersebut? Tonton filem web yang menyentuh hati dan humor ini,” katanya. 

Bagi peminat MR D.I.Y. dan Syafiq Kyle berpeluang untuk menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya MR D.I.Y. pada April 2025 bersama Syafiq Kyle! 

Untuk menyertai, cuma, muat turun template video Syafiq Kyle di mrdiy.co/RayaPenuhDrama, sediakan video dengan jalan cerita paling kreatif anda serta muat naik video anda menggunakan #RayaPenuhDrama dan tag MR D.I.Y.

Peraduan itu berlangsung dari 10 Mac hingga 13 April 2025 dan anda boleh menghantar penyertaan melalui borang google di mrdiy.co/RayaPenuhDrama.

Sempena hari raya kali ini, MR D.I.Y. menawarkan lebih 80 keperluan rumah perayaan di cawangan terpilih di seluruh negara. 

Pengunjung boleh menemui pelbagai barangan dari pelita raya dan hiasan gantung hingga lampu LED, alas meja, langsir, bantal, peralatan makan, beg membeli-belah, sampul duit raya dan aksesori fesyen. 

Selain itu, terdapat juga diskaun sehingga 30 peratus untuk barang-barang pembersihan, snek pelbagai jenis dan minuman.

Untuk menambah kemeriahan perayaan, pelanggan akan menerima set percuma empat sampul Duit Raya dengan setiap pembelian di kedai MR D.I.Y. di seluruh negara, sementara stok masih ada.

Inisiatif ‘Raya Penuh Makna’ MR D.I.Y. ini berlangsung di kedai MR D.I.Y. terpilih di seluruh negara.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya