BANGI: Mohd Chan Group (Mohd Chan) sedang dalam proses mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi kesemua 23 cawangan restorannya dalam masa terdekat. Langkah itu menzahirkan komitmen syarikat dalam menyediakan hidangan masakan Cina yang halal dan menepati cita rasa masyarakat tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Chan, Datuk Mustafa Chan berkata, pensijilan halal amat penting bagi mengukuhkan kepercayaan masyarakat terhadap produk dan masakan yang ditawarkan, terutama kepada pelanggan beragama Islam. “Seperti yang kita tahu, majoriti rakyat Malaysia beragama Islam. Oleh itu, apabila menyediakan masakan Cina, adalah penting bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya