Lexis Hibiscus PD umum jualan penghargaan ulang tahun - Utusan Malaysia

Lexis Hibiscus PD umum jualan penghargaan ulang tahun

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lexis Hibiscus Port Dickson mengumumkan Jualan Penghargaan Ulang Tahun Ke-10! sempena sedekad penubuhannya sebagai hotel terkemuka negara.

Lexis Hotel Group berkata, jualan ulang tahun itu merupakan hadiah kepada semua yang menyokong perkhidmatannya baik dri segi percutian keluarga hingga percutian romantis para pelanggan.

“Bermula 21 Mac hingga 6 April 2025, penjimatan eksklusif untuk e-baucar bilik boleh didapati di https://shop.lexis.my.

“Baucar ini menawarkan penginapan satu malam (bilik sahaja) di Sky Pool Villa (RM568) atau Premium Pool Villa (RM668) dengan kemudahan premium untuk dua orang tetamu dan sah sehingga 31 Disember 2025.

“Ini adalah peluang terbaik untuk merasai kemewahan Lexis Hibiscus dan mencipta kenangan indah di tepi laut,” katanya dalam kenyataan.

Lexis Hibiscus Port Dickson yang terletak di Pasir Panjang, Negeri Sembilan telah menjadi simbol kemewahan tepi pantai.

Resort pantai bertaraf lima bintang ini diinspirasikan oleh bunga kebangsaan Malaysia, bunga raya meliputi 639 vila kolam, termasuk 522 vila atas air dan 117 bilik menara, resort ini menawarkan keselesaan tiada tandingan dengan kolam renang peribadi, dek matahari yang luas, katil bersaiz king dan bilik stim peribadi.

Lexis Hibiscus Port Dickson memegang dua Rekod Dunia Guinness untuk ‘The Most Swimming Pools’ (Kolam Renang Terbanyak) (643) dan ‘Most Overwater Villas’ (Vila terbanyak) (522), menjadikannya destinasi yang menonjol di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Selain penginapan yang menakjubkan, Lexis Hibiscus Port Dickson menawarkan pengalaman makan yang istimewa serta pelbagai aktiviti menarik untuk memastikan setiap saat di resort ini penuh dengan kegembiraan.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi pasukan tempahan resort melalui e-mel [email protected] atau telefon +603 2083 0933. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya