PETALING JAYA: Sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, Kumpulan AmBank menganjurkan ‘AmBank Fiesta@The Curve dan ‘AmBank Bazar Ramadan@Foodpark, Matic’, siri karnival perayaan yang menghimpunkan rakyat Malaysia bersama-sama dalam semangat perpaduan dan perayaan yang sebenar.
Sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-50 AmBank bertemakan ‘Malaysia Kita’ acara ini mencerminkan komitmen bank kepada rakyat dan komuniti.
Siri karnival itu berlangsung di dua lokasi bandar utama,The Curve, Kota Damansara dan Foodpark, Matic di Jalan Ampang, menampilkan lebih 300 vendor, penjual dan penjaja yang menawarkan pelbagai barangan keperluan perayaan.
Antara yang mengambil bahagian ialah rakan kongsi penjenamaan AmBank, Ibupreneur, MySkills Foundation dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) yang turut tampil menjual hidangan kegemaran perayaan.
Selain dua lokasi tersebut, AmBank turut menyemarakkan semangat Ramadan dengan tiga bazar di Kawasan perbandaran utama, AmBank Bazar Ramadan Tradisi@Datuk Keramat, AmBank Bazar Ramadan Tradisi@Jalan Padi Mahsuri Bandar Baru Uda, Johor Bahru and AmBank Bazar Ramadan Tradisi@Kamunting, Taiping.
Ketua Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank, Shazman Shahid berkata, Ramadan dan perayaan Aidilfitri adalah antara perayaan yang utama di Malaysia dan di AmBank.
“Karnival-karnival ini adalah lebih daripada sekadar pasar jualan ia adalah perhimpunan rakyat dari semua lapisan masyarakat, berkumpul untuk berkongsi kegembiraan musim perayaan ini.
“Melalui acara ini, kami berharap dapat memupuk rasa kebersamaan di samping menyediakan wadah yang bermakna dan berdaya maju untuk usahawan kecil mempamerkan perniagaan mereka dan berkembang maju,” katanya dalam kenyataan.
Shazman berkata, karnival-karnival ini bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli-belah, tetapi berfungsi sebagai wadah pemerkasaan untuk usahawan tempatan dan pemilik perniagaan kecil, memberi mereka peluang untuk berhubung dengan pelanggan dan mengembangkan perniagaan mereka semasa musim perayaan ini.
“Ketika Kumpulan AmBank meneruskan sambutan Ulang Tahun ke-50, karnival-karnival ini berdiri sebagai bukti komitmen bank terhadap komuniti, keterangkuman dan pemerkasaan ekonomi.
“Semua rakyat Malaysia dijemput untuk menjadi sebahagian daripada perayaan besar ini dan merasai kehangatan dan kemeriahan Malaysia,” katanya. – UTUSAN