PETALING JAYA: Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Ajinomoto (Malaysia) Berhad mengadakan Kempen ‘Raya Mestilah ONZ!’, yang berlangsung dari 14 Februari hingga 15 April 2025.
Orang ramai berpeluang memenangi hadiah bernilai RM38,800 termasuk hadiah utama baucar emas bernilai RM6,000, tiga baucar emas RM4,000 bagi tempat kedua, lima baucar emas RM2,000 untuk pemenang tempat ketiga, kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM100 untuk 12 pemenang mingguan, serta bonus 500 ‘Smart Points’ bagi setiap peserta.
Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum RM15 bagi mana-mana produk Ajinomoto dalam satu resit, mengambil gambar resit tersebut dan menghantarkannya melalui WhatsApp 014-914 7118 atau menerusi smartcooking.com.my.
Pada masa yang sama, AMB turut mengadakan program Pak Aji Terjah Bazar di tiga bazar sekitar Kuala Lumpur.
Pengunjung boleh menyertai kuiz, aktiviti menarik, serta mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Beli & Menang ‘Raya Mestilah ONZ!’.
Untuk maklumat lanjut, layari TikTok di ajinomoto_my_foodie.
Selain itu, AMB juga menawarkan Set Raya Istimewa pada harga hanya RM15.50, termasuk Sampul Raya edisi terhad.
Set ini boleh didapati di Ajinomoto My Shopee, Lazada, dan smartcooking.com.my.
Jangan lepaskan peluang untuk meraikan hari raya dengan hidangan lazat, hadiah menarik dan tawaran eksklusif! Untuk butiran lanjut, layari smartcooking.com.my. – UTUSAN