KUALA LUMPUR: KAKEZA, jenama tempatan yang terkenal dengan produk kulit tart, terus mengukuhkan kedudukannya di pasaran selepas memperoleh pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Perniagaan yang diusahakan oleh Nur Izzah Mohd. Salleh, 45, di bawah Wonderful Touch Enterprise, berjaya berkembang pesat selepas memperoleh sijil halal. Nur Izzah berkata, syarikat itu bermula pada 2007 dengan menghasilkan kulit tart secara kecil-kecilan sebelum berkembang menjadi pengeluar utama produk berkenaan. Menurutnya, selepas beberapa kali berpindah lokasi bagi menampung kapasiti pengeluaran, KAKEZA akhirnya membuka kilang sendiri pada 2023 dan berjaya memperoleh sijil halal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya