JAC T9 BEV trak pikap EV pertama dilancar - Utusan Malaysia

JAC T9 BEV trak pikap EV pertama dilancar

LAU Yit Mun (kanan sekali) pada Majlis Pelancaran trak pikap mewah JAC T9 di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Evolvelectric Motors Sdn. Bhd. (Evolvelectric Motors) memperkenalkan trak pikap mewah JAC T9 ‘double-cab’ di Malaysia, yang menampilkan varian enjin pembakaran dalaman (ICE) dan model Kenderaan Elektrik Bateri (BEV).

Kombinasi gaya yang menawan, ruang dalaman mewah, teknologi canggih dan prestasi memukau, T9 meletakkan tanda aras baharu bagi pasaran trak pikap di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Evolvelectric Motors, Lau Yit Mun berkata, gaya yang versatil serta kepelbagaian yang ditawarkan oleh model T9 menjadikannya pilihan yang ideal untuk pemandu di Malaysia.

“JAC T9 direka untuk semua sama ada untuk perniagaan, keluarga atau kegunaan harian.

“Trak pikap T9 4×4 mudah adaptasi ke dalam pelbagai corak gaya hidup, T9 menawarkan ketahanan kenderaan bagi kegunaan seharian, keselamatan untuk keluarga serta bergaya dengan pengalaman pemanduan tersendiri,” katanya pada Majlis Pelancaran trak pikap mewah JAC T9 di sini.

Menurut Yit Mun, varian T9 2.0L diesel dengan harga permulaan RM119,888 (Semenanjung Malaysia, atas jalan tidak termasuk insurans) menjadi satu-satunya trak pikap di Malaysia yang mencapai penarafan lima-bintang bagi ujian keselamatan Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP) mengikut protokol terkini.

Sementara itu, T9 BEV pula dengan harga RM199,888 (Semenanjung Malaysia), atas jalan tidak termasuk insurans dengan menjadi trak pikap 4×4 elektrik pertama yang diperkenalkan di Malaysia.

Katanya, rekaan yang menawan turut menjadi pelengkap sebagai sebuah trak pikap paling canggih yang pernah dibangunkan sepanjang sejarah 55 tahun JAC Motors dalam membangunkan industri kenderaan perdagangan ringan.

“Dengan menggunakan platform antarabangsa generasi ketiga JAC, T9 memberikan kestabilan, keselesaan dan keselamatan menyeluruh kepada penggunanya,” ujarnya.

Ujarnya, kejayaan JAC yang didorong oleh kualiti dan prestasi menjadi bukti bagi kejayaan eksport.

Pada 2024, JAC Motors menjadi pengeksport utama China bagi trak pikap.

Dilengkapi dengan lampu ambient 64-warna yang mengikut rentak dan irama muzik, T9 juga menyediakan ruang kabin dalaman yang dinamik dan elegan.

T9 juga menampilkan pelbagai ciri-ciri yang menarik, seperti sistem pengecasan yang terdiri daripada pengecas tanpa wayar 50W, USB, USB-C dan soket 220V, perehat lengan dengan sistem pendingin untuk makanan dan minuman.

Ia dilengkapi dengan skrin sentuh 10.4-inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto, kluster instrumen 7-inci; kamera definisi tinggi, 360-darjah, empat mod pemanduan, Eco, Normal, Sport dan Snow serta Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) Tahap 2 yangmemudahkan lagi pemanduan T9. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya