IOI Properties lancar Bangi Fresco, hab runcit di Bandar Puteri Bangi - Utusan Malaysia

IOI Properties lancar Bangi Fresco, hab runcit di Bandar Puteri Bangi

TEH Chin Guan (dua kiri), Pengurus Besar Bahagian Bangi & Sepang IOI Properties Group, Wong Peen Fook (dua kanan), Ketua Pajakan & Runcit IOI City Mall, Aileen Goh (kanan) dan Ketua Pegawai Jualan, Pemasaran & Penjenamaan IOI Properties, Nicole Lee (kiri) melancarkan 'IOI Properties unveils next evolution of Bandar Puteri Bangi with Bangi Fresco' di IOI Galleria Bangi semalam. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: IOI Properties Group Berhad (IOIPG) melancarkan fasa seterusnya Bandar Puteri Bangi, Bangi Fresco yang meningkatkan landskap gaya hidup di Lembah Klang Selatan. 

Pengembangan ini memperkenalkan Bangi Fresco, sebuah hab runcit dinamik yang melengkapi pembangunan kediaman dan komersial yang sedia ada seperti Aravani, Caladia dan Enigma Square serta menawarkan kemudahan menarik dan perkhidmatan asas di kawasan tersebut.

Dibina dalam kawasan seluas 4.98 hektar pembangunan ini termasuk 100,000 kaki persegi ruang runcit, yang menampilkan 24 kedai, lima cawangan restoran tepi tasik, ruang makan al fresco, empat cawangan pandu lalu serta pengendali pasar raya seluas 19,000 kaki persegi. 

Aspek gaya hidup ini juga merangkumi dewan acara seluas 10,000 kaki persegi dan pusat sukan, menjadikannya destinasi sehenti untuk membeli-belah dan ruang sosial bagi masyarakat setempat.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan IOIPG, Teh Chin Guan menekankan bahawa Bangi Fresco adalah sebahagian daripada pendekatan holistik syarikat dalam pembangunan bertujuan untuk memenuhi keperluan populasi yang semakin berkembang di Bandar Puteri Bangi dan kawasan sekitar. 

“Dengan pelaburan lebih RM30 juta, hab runcit ini akan menawarkan pengalaman membeli-belah bertaraf tinggi dengan pencahayaan semula jadi, pengudaraan dan ruang makan yang indah. 

“Sasaran untuk mencipta campuran penyewa yang berfokuskan gaya hidup, hab ini mensasarkan pengendali pasar raya mewah, gim gaya hidup dan pengendali ruang acara, dengan jangkaan penyewaan penuh menjelang siapnya pembangunan,” katanya kepada pemberita sempena pelancaran Bangi Fresco di sini. 

Bangi Fresco terletak strategik  di sebelah IOI Galleria @ Bandar Puteri Bangi ini dijangka siap pada suku ketiga 2026 dan menawarkan akses yang sangat baik melalui jalan-jalan utama, dengan lebih daripada 350 ruang parkir untuk menampung pengunjung yang ramai. 

Bandar Puteri Bangi, sebuah bandar yang dirancang dengan teliti seluas 360 ekar yang dilancarkan pada 2015, menawarkan pelbagai pilihan kediaman termasuk rumah bandar, apartmen servis, rumah berkembar dan banglo serta ruang komersial seperti Enigma Square dan Kubica Square. 

Dengan banyak ruang hijau seperti Oasis Park dan fokus kepada kelestarian, bandar ini menyediakan persekitaran yang tenang sambil dekat dengan perkhidmatan asas, sekolah dan hospital.

Tambah Chin Guan, pelaburan IOIPG di Bandar Puteri Bangi bertujuan untuk memenuhi keperluan demografik yang pelbagai, dari pembeli rumah pertama hingga keluarga yang mencari rumah yang lebih luas dan kemudahan. 

Pelancaran terkini seperti Caladia, sebuah kompleks apartmen servis, menawarkan pilihan kediaman moden, sementara Arawani, sebuah pembangunan berketumpatan rendah, menyediakan unit semi-berkembar dan bungalo eksklusif. 

Rumah-rumah ini dilengkapi dengan kemudahan terkini seperti kolam infiniti, gimnasium dan ruang runcit yang memenuhi keperluan harian penduduk.

Bagi para pelabur dan usahawan, peluang untuk ruang komersial juga tersedia dengan Enigma Square menawarkan unit pejabat kedai yang telah siap, menyediakan pilihan menguntungkan dengan potensi trafik yang tinggi.

Pembangunan strategik IOIPG di Bandar Puteri Bangi terus memenuhi keperluan masyarakat yang berkembang, dengan menyeimbangkan ruang kediaman, komersial dan rekreasi, sambil mempromosikan pertumbuhan di Lembah Klang wilayah selatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya