HOMEDEC 2025 sasar 56,000 pengunjung - Utusan Malaysia

HOMEDEC 2025 sasar 56,000 pengunjung

NICA Leong (kanan) ketika ditemui pemberita di Pusat Konveksyen Kuala Lumpur (KLCC) pada majlis tinjaun media HOMEDEC 2025 di sini, semalam. - UTUSAN/SABRINA ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pameran HOMEDEC 2025 dijangka menarik lebih 56,000 pengunjung, berikutan sambutan menggalakkan terhadap segmen inovasi dan reka bentuk rumah.

Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Nica Leong berkata, peningkatan sehingga 70 peratus dalam penjimatan boleh dinikmati oleh pengunjung yang membuat pembelian di HOMEDEC 2025.

Beliau berkata, lebih 330 pempamer dengan 1,200 reruai menawarkan produk premium serta trend terkini dalam inovasi rumah.

“Tahun ini, HOMEDEC berkembang lebih besar dengan penambahan satu dewan baharu, menjadikan keseluruhan pameran meliputi Dewan 1 hingga 8 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Pelbagai pempamer yang pakar dalam bidang masing-masing telah dibawa masuk bagi memenuhi keperluan pemilik rumah dengan gaya hidup berbeza. Justeru, HOMEDEC turut memperluaskan kategori pameran tahun ini,” katanya pada majlis tinjaun media di sini, hari ini.

Selain itu, pengunjung berpeluang menyertai bengkel dan sesi interaktif untuk mendapatkan panduan praktikal mengenai penambahbaikan kediaman, konsep rumah pintar serta reka bentuk lestari.

Dalam pada itu, pameran kali ini turut memperkenalkan hadiah ganjaran dengan peruntukan lebih RM300,000, termasuk hadiah utama menerusi kempen Bonanza dan Shop Big Win Big.

Mengulas lanjut Nica berkata, HOMEDEC bukan sekadar platform jualan, tetapi satu destinasi untuk pemilik rumah mendapatkan inspirasi dan membuat keputusan bijak dalam pengubahsuaian serta hiasan dalaman.

“Kami menyarankan pengunjung membawa pelan rumah mereka untuk mendapatkan nasihat profesional secara terus daripada pempamer dan pakar yang terlibat. Dengan lebih 23 tahun pengalaman, HOMEDEC memastikan semua jenama yang menyertai pameran ini adalah boleh dipercayai, sekaligus memberikan ketenangan kepada pembeli dalam membuat keputusan,” tambahnya.

HOMEDEC 2025 berlangsung sehingga 16 Mac 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, menjanjikan pengalaman membeli-belah yang eksklusif serta memberi inspirasi kepada pemilik rumah untuk mencipta ruang kediaman idaman mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya