Harga minyak sawit mentah diunjur meningkat hingga RM4,700 - Utusan Malaysia

Harga minyak sawit mentah diunjur meningkat hingga RM4,700

CIMB Securities mengekalkan unjuran harga purata MSM sebanyak RM4,200 setan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjur meningkat antara RM4,600 hingga RM4,700 pada masa kini dan beberapa bulan akan datang berdasarkan pengeluaran bekalan yang sedikit rendah didorong faktor cuaca dan simpanan stok terhad.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff bagaimanapun berkata, ada beberapa faktor yang boleh mengekang atau mengekalkan kenaikan harga tersebut seperti dasar tarif yang bakal dikenakan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang mungkin melibatkan soya, seterusnya memberi impak kepada sawit.

“Selain itu, negara pembeli sawit seperti India, China dan Kesatuan Eropah mungkin juga akan beralih kepada alternatif minyak jika harga sawit kekal tinggi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Umi Hamidaton Mohd. Soffian Lee berkata, harga yang diunjur hingga pertengahan tahun ini memberi gambaran kepada pasaran komoditi negara.

“Harga pasaran ini adalah disebabkan oleh bekalan yang terhad akibat cuaca sekarang yang tidak menentu, tenaga kerja yang berkurangan, masa bekerja semasa ramadan dan isu logistik pun akan mengganggu pengeluaran komoditi ini.

“Selain itu, peningkatan penggunaan biodiesel di Indonesia mengurangkan bekalan untuk eksport. Penggunaan hanya diperingkat domestik dan bekalan untuk eksport akan berkurangan dan akan memberi impak kepada harga,” katanya.

Jelas Umi Hamidation, dari segi aspek permintaan pengguna untuk suku pertama ini, peningkatan permintaan penggunaan produk berasaskan minyak sawit meningkat dan memberi impak kepada harga komoditi ini.

“Namun dari sudut yang berbeza, keadaan pasaran sawit semasa memberi manfaat kepada peneroka melalui peningkatan pendapatan dan pekebun kecil yg terlibat dgn tanaman komoditi ini

“Ini juga membolehkan potensi untuk menarik banyak pelaburan ke dalam sektor perladangan,” katanya.

BIMB Securities Research berkata, secara keseluruhan, pihaknya mengekalkan pandangan harga MSM tinggi berterusan dalam suku pertama 2025, didagangkan dalam julat RM4,500 satu tan hingga RM5,000 satu tan.
Bagaimanapun, katanya, firma penyelidikan pasaran ekuiti itu mengambil sikap berhati-hati melangkaui suku pertama 2025 memandangkan pihaknya menjangkakan harga didagangkan lebih rendah dalam julat lebih luas iaitu RM3,500 satu tan hingga RM4,500 satu tan bagi baki 2025.

Jelasnya, ia berikutan peningkatan bermusim dalam pengeluaran minyak sawit bermula suku kedua dan seterusnya, bekalan kacang soya yang mencukupi, premium harga minyak sawit berbanding harga minyak boleh dimakan lain yang menjadikan minyak sawit kurang menarik kepada pengimport. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya