Ekonomi kekal pada trajektori positif - Utusan Malaysia

Ekonomi kekal pada trajektori positif

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks Pelopor (IP) Malaysia meningkat 0.4 peratus kepada 112.5 mata pada Januari 2025 berbanding 112.1 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menunjukkan bahawa ekonomi kekal pada trajektori positif, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan dua digit dalam import benar semikonduktor (14.1 peratus) dan bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan (13.7 peratus) merupakan penyumbang kepada kenaikan ini.

Sebaliknya, beliau berkata, prestasi bulanan IP menunjukkan penurunan sebanyak 1.2 peratus berikutan penyusutan lima daripada tujuh komponen terutamanya import benar logam asas berharga & logam bukan ferus Lain (-0.6 peratus).

“Kadar pertumbuhan IP terlicin bagi Januari 2025 kekal di bawah aliran 100.0 mata, menjangkakan prospek pertumbuhan ekonomi yang sederhana disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan meskipun pasaran antarabangsa yang mencabar,” katanya dalam kenyataan.

Merujuk kepada senario ekonomi semasa, Mohd Uzir berkata, Indeks Serentak (IS) menyaksikan sedikit peningkatan sebanyak 0.1 peratus dengan 124.8 mata berbanding 124.7 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Ini disumbangkan oleh peningkatan marginal dalam empat komponen IS walaupun telah diimbangi oleh penurunan ketara dalam dua komponen lain.

“Pada asas bulanan, IS menyusut 1.4 peratus disebabkan oleh penurunan yang signifikan dalam kapasiti penggunaan dalam pembuatan (-1.9 peratus),” ujarnya.

Tambahnya, sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, DOSM akan mempengerusikan Jawatankuasa Sistem Statistik Komuniti ASEAN Ke-15 (ACSS15) yang bertujuan untuk memperkukuh kerjasama statistik ke arah pembangunan serantau yang mampan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya