CUCKOO Malaysia meterai perjanjian taja jamin IPO di Pasaran Utama - Utusan Malaysia

CUCKOO Malaysia meterai perjanjian taja jamin IPO di Pasaran Utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: CUCKOO International (MAL) Berhad (CUCKOO Malaysia) menandatangani perjanjian penajaan jamin dengan RHB Investment Bank Berhad dan AmInvestment Bank Berhad sebagai bagi penawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

CUCKOO Malaysia berkata, syarikat akan menjalankan IPO sehingga 365 juta saham biasa sebagai sebahagian daripada penyenaraiannya di Pasaran Utama, merangkumi penerbitan awam sebanyak 143 juta saham baharu.

“Pengurus Penaja Jamin (RHB Investment Bank) dan Penaja Jamin Bersama (AmInvestment Bank) akan menjamin tawaran runcit sebanyak 43 juta saham terbitan.

“Sebanyak 29 juta saham terbitan akan diperuntukkan kepada rakyat Malaysia melalui undian, di mana 50 peratus daripadanya akan dikhaskan untuk pelabur Bumiputera, manakala baki 14 juta saham terbitan akan diperuntukkan kepada pemohon yang layak.

“IPO ini juga melibatkan tawaran jualan sehingga 222 juta saham sedia ada.

“Daripada jumlah ini, sehingga 179 juta saham akan diperuntukkan kepada pelabur bumiputera yang diluluskan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), manakala 100 juta saham terbitan dan 43 juta saham akan diperuntukkan kepada pelabur institusi Malaysia dan asing terpilih,” katanya dalam kenyataan.

Hasil IPO akan digunakan untuk pembiayaan pembelian produk, pembayaran balik pinjaman, perbelanjaan modal bagi pembukaan ‘Brandshops’ dan peningkatan sistem IT, pengembangan perniagaan di Singapura serta perbelanjaan penyenaraian.

Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Kian Choon berkata, pihaknya berbesar hati mengumumkan pencapaian itu, dimungkinkan oleh perjanjian dengan Penaja Jamin mereka.

“Ini mencerminkan komitmen kami dalam memperkasakan pelanggan dengan produk berkualiti, inovatif dan mampu milik, menjadikan gaya hidup sihat lebih mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan RHB Investment Bank Berhad, Kevin Davies, Ketua berkata, pihaknya juga berbangga menyokong CUCKOO Malaysia dalam langkah mereka ke arah IPO yang berjaya.

“Dengan model perniagaan yang kukuh dan strategi pengembangan yang jelas, kami yakin mereka akan terus mengukuhkan kedudukan pasaran.

“RHB Investment Bank komited untuk menyediakan penyelesaian pelaburan inovatif bagi menjamin kejayaan pelanggan kami.

“Kami berharap dapat terus bekerjasama dengan CUCKOO Malaysia ketika mereka melangkah ke fasa baharu pertumbuhan dan kejayaan.” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya