PETALING JAYA: Penjual dan pedagang berkemungkinan dikenakan caj bagi transaksi e-pembayaran pada masa hadapan, susulan platform e-pembayaran yang mencapai pertumbuhan sebanyak 17 peratus, mencecah RM698.1 bilion tahun lalu. Penganalisis ekonomi UniKL Business School, Profesor Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, caj transaksi tersebut bagaimanapun dijangka tidak menjejaskan pengguna. Ujarnya, ia perlu dilihat dari aspek keselamatan siber yang mesti seiring dengan peningkatan teknologi dan keperluan melindungi data pengguna dan penjual supaya tidak mudah digodam, misalnya melalui kod QR yang selalu dipamerkan penjual. “Sebagai contoh, kod QR yang dicetak mempunyai ciri-ciri keselamatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya