CAB catat untung bersih RM33.89 juta bagi suku pertama - Utusan Malaysia

CAB catat untung bersih RM33.89 juta bagi suku pertama

Christopher Chuah Hoon Phong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: CAB Cakaran Corporation Berhad (CAB), satu daripada pengeluar makanan terbesar Malaysia melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM33.89 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2025 berakhir 31 Disember 2024.

Syarikat berkata, penurunan 31.96 peratus berbanding keuntungan bersih suku pertama 2024 sebanyak RM49.8 juta disebabkan terutamanya oleh subsidi kerajaan berjumlah RM39.8 juta yang diterima pada suku pertama tahun 2024.

Katanya, jika tidak mengambil kira subsidi ini pada pada suku pertama 2024, keuntungan sebelum cukai CAB sebenarnya meningkat 76 peratus kepada RM45.3 juta daripada RM25.71 juta untuk suku pertama 2025.

“Peningkatan ini disebabkan terutamanya oleh harga jualan purata ayam daging yang lebih tinggi dan kos makanan yang lebih rendah. Purata harga jualan ayam daging meningkat kepada RM6.18 sekilogram daripada RM5.55 sekilogram pada suku sebelumnya, manakala kos makanan susut sebanyak enam peratus.

“Sementara itu, hasil meningkat 8.23 peratus kepada RM593.61 juta pada suku pertama daripada RM548.48 juta pada suku yang sama tempoh sebelumnya,” katanya dalam kenyataan.

Prestasi hasil lebih baik ini sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan jumlah jualan anak ayam, makanan dan ayam yang diproses, bersama-sama dengan harga jualan purata yang lebih tinggi untuk ayam pedaging

Menurutnya, bahagian runcit juga menunjukkan pertumbuhan teratas, melaporkan hasil yang lebih tinggi sebanyak RM36.51 juta terutamanya disebabkan oleh jualan daripada dua cawangan baharu.

Kedudukan kewangan kumpulan kekal kukuh, dengan kedudukan tunai CAB berada pada RM188.06 juta pada tempoh tersebut

Pengarah Urusan Kumpulannya, Christopher Chuah Hoon Phong berkata, pihaknya berbangga dengan keputusan suku pertama kerana kami telah beroperasi sepenuhnya tanpa subsidi sejak setahun lalu.

Katanya, pertumbuhan 76 peratus dalam jumlah keuntungan sebelum cukai jika tidak termasuk subsidi dalam tempoh sebelumnya, menunjukkan bahawa syarikat boleh cekap dan berkembang maju tanpa subsidi.

“Kami bermula sebagai syarikat ayam pedaging, tetapi hari ini, kami adalah syarikat makanan bersepadu. Kami juga mempunyai bahagian pemprosesan makanan dan runcit yang kedua-duanya berkembang pesat.

“Oleh kerana permintaan yang tinggi, kami kini mempunyai tiga kilang pemprosesan makanan. Dari segi runcit, hari ini kami mempunyai 15 kedai runcit di bawah jenama Home Mart dan Jaya Gading,” ujarnya.

Beliau berkata, pertumbuhan dan penerimaan adalah menggalakkan dan matlamat syarikat adalah untuk mempunyai 50 hingga 100 cawangan lima tahun akan datang.

“Akhir sekali, kami tetap sangat teruja dengan usaha kami di Indonesia dengan Salim Group, rakan kongsi dan pemegang saham kami. Selepas beberapa tahun kelewatan akibat pandemik, kami jangkakan 2025 akan menjadi tahun pengembangan di Indonesia bermula,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya