Bursa Malaysia kembali pulih - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia kembali pulih

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia terus meningkat pada sesi dagangan tengah hari selepas peningkatan semula di awal dagangan pagi tadi, menjejaki kenaikan Wall Street dalam tempoh semalaman selepas beberapa hari mencatatkan prestasi negatif.

Peniaga berkata data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah berbanding jangkaan telah meyakinkan pelabur sekali gus menambah baik sentimen dalam pasaran tempatan.

Pada pukul 12 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 20.55 mata kepada 1,505.38.

Indeks penanda aras itu dibuka 3.96 mata lebih tinggi kepada 1,488.79 daripada 1,484.83 ketika ditutup semalam.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 636 berbanding 242, dengan 363 kaunter tidak berubah, 1,149 kaunter tidak diniagakan.

Jumlah dagangan mencecah 1.706 bilion saham bernilai RM1.307 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya