PETALING JAYA: : Bursa Malaysia meneruskan trend menurun apabila jatuh 28.42 mata kepada 1,491.73 pada sesi dagangan tengah hari ini, selepas dibuka rendah pada 1,504.71 pagi tadi.
Jumlah dagangan sebanyak 160.7 juta unit bernilai RM1.20 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung 563 berbanding 269 dengan 413 kaunter tidak berubah dan 1,159 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menaik 110.93 mata atau 0.13 peratus kepada 36,832.67 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 1.43 peratus kepada 2,573.85 dan Indeks STI Singapura naik 0.49 peratus kepada 3,844.49.
Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menunjukkan menurun 24.29 mata kepada 1,495.86 pukul 9.06 pagi hari ini, berbanding 1,520.15 pada penutup Selasa.- UTUSAN