PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 22.08 mata kepada 1,513.65 pada pukul 5 petang tadi, berbanding 1,535.73 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,531.57.
Jumlah dagangan sebanyak 2.24 bilion unit bernilai RM2.13 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 563 berbanding 395 dengan 408 kaunter tidak berubah dan 1,106 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks STI Singapura susut 8.54 mata kepada 3,973.03 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Nikkei Jepun jatuh 679.64 mata kepada 37,120.33, manakala Indeks Kospi Korea Selatan turun sebanyak 49.17 mata kepada 2,557.98. –UTUSAN