PETALING JAYA: Bolt, syarikat mobiliti terkemuka di Eropah mencatat pertumbuhan luar biasa dengan peningkatan 540 peratus dalam jumlah rakan pemandu di Malaysia hanya dalam tempoh tiga bulan sejak melancarkan perkhidmatan e-hailing itu di Lembah Klang. Sejak pelancarannya, platform ini juga mengalami kenaikan 280 peratus dalam pendaftaran penumpang, meningkatkan kecekapan perkhidmatan, dengan anggaran masa ketibaan (ETA) dikurangkan sebanyak separuh. Selain itu, ia memastikan perjalanan lebih pantas dan lancar untuk penumpang, sambil memperkukuhkan komitmen Bolt terhadap pengalaman e-hailing yang mengutamakan pemandu, kos efektif dan lancar. Pengurus Besar Malaysia di Bolt, Afzan Lutfi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya