BNM catat untung bersih RM13.16 bilion pada 2024 - Utusan Malaysia

BNM catat untung bersih RM13.16 bilion pada 2024

BANK Negara Malaysia (BNM) catat keuntungan bersih lebih tinggi untuk tahun kewangan 2024. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan keuntungan bersih bernilai RM13.16 bilion bagi tahun kewangan 2024, melonjak berbanding RM7.16 bilion yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM7.91 bilion telah dipindahkan ke dalam Rizab Risiko BNM.

Seperti yang diaudit dan diperakui oleh Ketua Audit Negara, kedudukan kewangan BNM kekal kukuh pada tahun 2024 dengan aset BNM berjumlah RM621.54 bilion pada 31 Disember 2024.

BNM telah mengisytiharkan dividen sebanyak RM5.25 bilion kepada kerajaan bagi tahun kewangan 2024.

Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, walaupun ketidakpastian masih wujud pada peringkat global, BNM akan terus melaksanakan mandatnya dengan penuh dedikasi dan mengukuhkan kepercayaan rakyat.

Katanya, kepelbagaian struktur ekonomi negara dan dasar yang meluas menyediakan daya tahan dan ketangkasan untuk mengharungi rintangan ini.

“Kami yakin ekonomi Malaysia akan kekal pada landasan pertumbuhan yang stabil dengan tekanan inflasi kekal terkawal secara keseluruhan.

“Dengan jangkaan keadaan dalam negeri yang menggalakkan, Malaysia harus meneruskan usaha pembaharuan struktur yang penting demi memastikan pertumbuhan yang mampan bagi tahun-tahun mendatang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Laporan Tahunan 2024 (LT 2024), Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2024 (TEM 2024) dan Tinjauan Kestabilan Kewangan bagi Separuh Kedua 2024 (TKK ST2 2024). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya