BMW Motorrad Malaysia lancar skuter BMW C 400 X, BMW C 400 GT baharu - Utusan Malaysia

BMW Motorrad Malaysia lancar skuter BMW C 400 X, BMW C 400 GT baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: BMW Motorrad Malaysia melancarkan BMW C 400 X dan BMW C 400 GT, skuter premium bersaiz sederhana dengan senarai kelengkapan standard yang lebih luas.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, segmen mobiliti bandar merupakan segmen kedua terbaik untuk prestasi BMW Motorrad Malaysia pada 2024, selepas segmen pengembaraan syarikat yang popular.

“Walaupun BMW CE 02 dan BMW CE 04 melambangkan penerimaan kami terhadap elektrifikasi dalam segmen ini, BMW C 400 X dan BMW C 400 GT baharu pula mencerminkan pendekatan kami terhadap keterbukaan teknologi yang memberikan pelanggan kuasa pilihan dalam meneroka jalan-jalan di bandar,” katanya.

BMW C 400 X dan BMW C 400 GT baharu merupakan pilihan tunggangan yang dipercayai bagi penunggang moden, menawarkan gabungan prestasi, gaya dan kepraktisan.

BMW C 400 X baharu menonjol dengan ciri dinamik yang dipertingkatkan, sementara BMW C 400 GT Baharu, model Gran Turismo yang sesuai untuk perjalanan jarak jauh, mengagumkan dengan tahap keselesaan yang lebih tinggi.

BMW mengemaskini untuk 2025, kedua-dua model ini hadir dengan penambahbaikan teknikal serta ciri, warna dan aksesori baharu.

Enjin silinder tunggal yang berkuasa dengan dinamik dan kawalan tunggang yang canggih.

Teras utama BMW C 400 X Baharu dan BMW C 400 GT Baharu terletak pada enjin silinder tunggal yang telah terbukti berkuasa dengan penghasilan output 25 kW (34 hp) pada 7,500 rpm dan tork maksimum 35 Nm pada 5,750 rpm. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya