MEMBELI juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan sudah menjadi antara rutin yang bukan sahaja digemari oleh orang Islam yang berpuasa malah turut digemari masyarakat bukan Islam yang mahu merasakan kemeriahan suasana dan keenakan pelbagai juadahnya. Dengan kewujudan bazar Ramadan ini juga menjadi lubuk rezeki buat para peniaga yang semestinya mengharapkan kehadiran orang ramai akan memberikan keuntungan lebih besar berbanding di bulan-bulan yang lain. Namun, peniaga juga tidak dapat mengelakkan pembaziran apabila juadah yang disediakan untuk para pembeli tidak habis terjual kerana sudah tentu juadah tersebut tidak boleh dibawa ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya