PETALING JAYA: Kerajaan akan melaksanakan sistem pembayaran hospital swasta berdasarkan pada klasifikasi pesakit mengikut diagnosis (DRG) dalam menangani isu caj berlebihan. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, DRG adalah mekanisme pembayaran penjagaan kesihatan yang lebih moden dan menyeluruh berbanding sistem pembayaran sedia ada iaitu bayaran perkhidmatan. “DRG dilengkapi dengan pemantauan klinikal yang dapat menggalakkan kecekapan hospital, menyediakan rawatan yang lebih berfokus dan berkesan, mengelakkan prosedur serta ujian yang tidak perlu dan memastikan pesakit menerima penjagaan berkualiti,” katanya di Dewan Rakyat, semalam. Beliau menjawab soalan tambahan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya