Allianz EliteChoice, penyelesaian insurans komprehensif baharu

Allianz EliteChoice, penyelesaian insurans komprehensif baharu untuk PKS

CHARLES ONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) memperkenalkan Allianz EliteChoice, sebuah pelan insurans kompetitif dan komprehensif yang direka untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 

Menurut kenyataan, ia direka untuk menyediakan perlindungan kompetitif untuk kumpulan pekerja antara tiga hingga 350 orang pekerja.

“Allianz EliteChoice menawarkan fleksibiliti untuk memenuhi pelbagai keperluan perniagaan moden. 

“Dalam landskap di mana manfaat pekerja memainkan peranan yang semakin penting dalam menarik dan mengekalkan bakat terbaik, Allianz EliteChoice menyerlah dengan menawarkan perlindungan hayat dan kesihatan yang meluas.

“Ini memastikan PKS dapat menyediakan pekerja mereka dengan perlindungan kewangan dan penjagaan kesihatan yang penting,” katanya. 

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Charles Ong berkata, pelan itu merupakan penyelesaian berpandangan ke hadapan mencerminkan dedikasi syarikat membantu perniagaan kekal berdaya saing sambil menyediakan pekerja mereka dengan perlindungan yang terbaik. 

“Produk ini menawarkan rangkaian manfaat yang komprehensif pada harga yang berpatutan, memastikan kedua-dua pihak majikan dan pekerja dapat menikmati ketenangan fikiran. 

“Syarikat menyedari bahawa PKS memerlukan penyelesaian insurans yang boleh disesuaikan dan kos efektif untuk kekal berdaya saing dalam pasaran hari ini. 

“Oleh itu, Allianz EliteChoice menggabungkan tawaran insurans kesihatan dan hayat terkini, termasuk beberapa ciri peneraju pasaran yang direka untuk memenuhi keperluan perniagaan yang pelbagai dan harapan pekerja,” katanya.

Katanya, ciri baharu ini direka pada masa lebih ramai majikan mencari manfaat pekerja yang dipertingkatkan, terutamanya dalam bidang penjagaan kesihatan, kesihatan mental dan diagnostik lanjutan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya