Ajinomoto galak hidangan sahur berkhasiat dengan Seri-Aji - Utusan Malaysia

Ajinomoto galak hidangan sahur berkhasiat dengan Seri-Aji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Memahami kepentingan bersahur untuk kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) tampil dengan penyelesaian mudah dan lazat untuk menyediakan hidangan sahur berkhasiat dengan produk Seri-Aji®.

Sebagai sebahagian daripada usaha ini, AMB baru-baru ini menganjurkan program “Sama-Sama BerSeri-Aji® PPR”, yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak dan PPR Kerinchi.

AMB berkata, inisiatif ini bertujuan menggalakkan amalan bersahur dengan hidangan berkhasiat, pada masa sama mengeratkan hubungan komuniti menerusi pelbagai aktiviti menarik.

“Bagi mengukuhkan lagi inisiatif ini, program “Sama-Sama BerSeri-Aji® PPR” menghimpunkan lebih 300 penduduk.

“Individu yang hadir menerima beg hadiah eksklusif serta berpeluang menyertai sesi rasa makanan, demonstrasi masakan oleh Chef Nur Farihin, aktiviti memasak yang menyeronokkan, dan cabutan bertuah,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, AMB juga telah mengedarkan sehingga 15,000 set hadiah kepada 10 lagi komuniti PPR untuk meraikan musim perayaan bersama.

Dalam masa yang sama, AMB mengumumkan pelancaran peraduan beli dan menang ‘Bersahur Bersama Seri-Aji®: Sahur Seribu Kebaikan’ yang menawarkan jumlah hadiah bernilai
RM20,000.

Melalui inisiatif ini, Seri-Aji® turut memberi sumbangan kepada masyarakat dengan mendermakan RM1 kepada Tabung Amal bagi setiap penyertaan peraduan beli dan menang.

“Usaha ini bukan sahaja membantu golongan yang memerlukan tetapi juga menggalakkan rakyat Malaysia menikmati sahur yang lebih berkhasiat dan mudah.

“Kami juga bekerjasama dengan KOL untuk berkongsi idea resipi mudah, di mana setiap perkongsian video akan menyumbang kepada tujuan ini,” katanya.

Selain itu, AMB turut mengadakan aktiviti di lapangan seperti program bersama komuniti di lokasi PPR, siri jelajah bagi memperluaskan mesej kempen ini.

Bagi mereka yang ingin menyertai kempen bermakna ini, peraduan beli dan menang menawarkan peluang menarik untuk membawa pulang hadiah lumayan.

Dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM20,000, peserta berpeluang memenangi pelbagai ganjaran menarik.

Tiga pemenang hadiah utama masing-masing akan membawa pulang jongkong emas seberat 5gram, manakala 16 x 10 pemenang mingguan akan menerima kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM50 setiap seorang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya