AIC 2025 dijangka buka peluang pelaburan di ASEAN - Utusan Malaysia

AIC 2025 dijangka buka peluang pelaburan di ASEAN

PELABURAN swasta dijangka meningkat tahun ini walaupun berdepan pelbagai risiko perdagangan global. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persidangan Pelaburan ASEAN (AIC) 2025 yang dianjurkan sempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dijangka menghubungkan pasaran modal dan membuka peluang pelaburan di ASEAN.

Persidangan yang dihoskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dengan kerjasama rakan kongsi strategik, Affin Group, CGS International Securities Malaysia (CGS) dan RHB Banking Group (RHB) akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 8 hingga 9 April ini.

AIC 2025 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga akan melancarkan Panduan Pendedahan ESG Ringkas ASEAN untuk PKS dalam Rantaian Bekalan.

Pengarah Urusan SC, Datin Azalina Adham berkata, satu daripada perkara penting yang ingin diketengahkan pada persidangan ini adalah terdapat banyak peluang di ASEAN dan juga Malaysia.

“Ini adalah percubaan untuk membawa dan membuka kunci modal di rantau ini. Terdapat permintaan di dalam, Kita tidak hanya mencari pembiayaan dari luar negara di luar ASEAN, tetapi juga menarik dari dalam ASEAN dan terutamanya ASEAN+3.

“Jadi naratif sebenarnya adalah melihat peluang di ASEAN dan mungkin cuba membuka peluang itu serta menggerakkan modal ke arah itu,” katanya pada sidang akhbar mengenai AIC 2025 di sini, semalam.

Bertemakan ‘Menghubungkan Modal, Membuka Kunci Peluang dan Memacu Kemampanan’, AIC 2025 akan menekankan ketersambungan dan perpaduan serantau ASEAN sebagai pemacu penting untuk pertumbuhan yang mampan.

Persidangan itu akan mempamerkan rantau ini sebagai destinasi pelaburan terkemuka dan kelas aset yang menarik dan mampan.

Azalina berkata, kedudukan ASEAN sebagai ekonomi kelima terbesar dunia dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi AS$3.3 trilion dan lebih 600 juta orang, menggariskan pengaruhnya yang semakin meningkat di pentas global.

“Perbincangan utama acara dua hari itu termasuk perbincangan mengenai transformasi digital, kewangan mampan, pembangunan infrastruktur dan peluang pasaran modal di seluruh ASEAN.

“Panel dan pembentangan akan meneroka rangka kerja dasar kritikal, strategi pelaburan, pembaharuan kawal selia, dan amalan terbaik untuk mengukuhkan daya saing serantau dan daya tahan ekonomi,” ujarnya.

Persidangan itu dijangka mengumpulkan kira-kira 400 peserta, termasuk pembuat dasar, pelabur, pembiaya, pemimpin perniagaan dan pemimpin pemikiran terkemuka dari seluruh sepuluh negara anggota ASEAN dan rantau ASEAN+3, termasuk pembiaya utama dari Jepun, China dan Korea. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya