PETALING JAYA: Winstar Capital Berhad (Winstar Capital) menyasarkan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia dalam tempoh tiga tahun lagi, selepas merekodkan kejayaan penyenaraian di Pasaran ACE. Tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu di Pasaran ACE pada Disember lalu, mendapat permintaan tinggi dengan terlebih langgan sebanyak 80.17 kali. Syarikat itu menawarkan 14.5 juta saham pada harga 35 sen sesaham. Saham tersebut melonjak 45.7 peratus apabila dibuka pada harga 49 sen sesaham dan mencapai paras tertinggi pada 56.5 sen sebelum ditutup pada 51 sen memberikan syarikat itu permodalan pasaran sebanyak RM148 juta.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya