Visa umum Previn Pillay sebagai Pengurus Negara bagi Malaysia

Visa umum Previn Pillay sebagai Pengurus Negara bagi Malaysia

visa
Previn Pillay,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Visa, peneraju sistem pembayaran digital mengumumkan pelantikan Previn Pillay sebagai Pengurus Negara Visa baharu bagi Malaysia.

Previn adalah seorang pemimpin berpengalaman di Visa dan mempunyai pengalaman lebih 18 tahun di serata Asia Pasifik dan CEMEA.

Sebelum pelantikan ini, Previn merupakan Ketua Jualan fdan Perolehan Rakan Niaga bagi Asia Pasifik, yang menyaksikan beliau menerajui pasukan serantau dan pasaran tempatan yang menguruskan kerjasama rakan-rakan niaga dan pemerolehan strategik di seluruh rantau ini.

Sebelum itu, Previn ialah Ketua Penyelesaian Digital bagi Visa di rantau ini, dan telah bekerjasama dengan rapat bersama institusi-institusi kewangan, syarikat-syarikat teknologi kewangan dan rakan-rakan niaga untuk memanfaatkan keupayaan digital Visa termasuklah penyelesaian pentokenan, teknologi kewangan dan daya pergerakan di dalam bandar.

Selain daripada berkhidmat di ibu pejabat Asia Pasifik Visa, Previn juga memainkan peranan selama lebih daripada 10 tahun dalam bidang pengurusan pelanggan di Australia dan Afrika.

Previn berkata: “Malaysia ialah sebuah pasaran yang sangat penting bagi Visa dan saya amat mengalu-alukan peluang untuk menyertai pasukan ini dalam usaha kami terus mempelopori inovasi dan memenuhi keperluan pelanggan dan rakan-rakan niaga kami.

“Saya akan berusaha untuk memanfaatkan pengalaman saya dalam bidang ini dan bekerjasama lebih rapat dengan pelanggan utama, rakan niaga dan pihak berkepentingan kerajaan untuk menyokong pertumbuhan pembayaran digital, membawakan penyelesaian baharu kepada pasaran dan memberi impak positif kepada masyarakat Malaysia supaya pengguna dan perniagaan boleh menikmati pengalaman membayar yang selamat dan lancar.”

Pengurus Negara Visa untuk Rantau Asia Tenggara dan Naib Presiden Kanan, Pemerolehan dan Pelanggan Global, Serene Gay,  berkata, pelantikan Previn mencerminkan komitmen berterusan mereka untuk mengembangkan ekosistem pembayaran digital Malaysia.

“Previn mempunyai pengetahuan dan pengalaman serantau yang luas dan juga sesungguhnya bersedia untuk menerajui pasukan kami di Malaysia.

“Previn dan pasukannya akan terus bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan kami dan menyediakan teknologi dan penyelesaian keselamatan terkini kepada pengguna dan perniagaan supaya Visa kekal sebagai kaedah terbaik untuk pembayaran dan penerimaan bayaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya