smart Malaysia buka dua cawangan pengedar di Kuantan dan Kuching - Utusan Malaysia

smart Malaysia buka dua cawangan pengedar di Kuantan dan Kuching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: smart Malaysia membuka dua pengedar baharu iaitu HK Electra smart Kuantan di Pahang dan Ghee Hua smart Kuching di Sarawak, menandakan pencapaian dalam komitmen smart Malaysia untuk menyediakan akses yang meluas kepada kenderaan elektrik premium.

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, kedua-dua pengedar ini juga merupakan pengedar bagi Proton e.MAS, sekali gus memperkukuh Malaysia ke arah kenderaan tenaga baharu (NEV).

“Pengembangan rangkaian kami ke Kuantan dan Kuching mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk kenderaan elektrik premium di Malaysia.

“smart Malaysia komited untuk menjadikan pemilikan kenderaan elektrik (EV) lebih mudah diakses melalui rangkaian pengedar yang diperluas dan pengalaman pelanggan dapat dipertingkatkan,” katanya dalam kenyataan.

Dengan jumlah 11 pengedar di seluruh negara, smart Malaysia terus memacu masa depan mobiliti elektrik canggih.

Pelancaran HK Electra smart Kuantan dan Ghee Hua smart Kuching mengukuhkan lagi komitmennya terhadap penerimaan EV, menawarkan model smart dan Proton e.MAS bagi menyokong peralihan Malaysia ke arah mobiliti lestari.

Sementara itu, Pemilik Pengedar HK Electra Sdn. Bhd., Susan Leong berkata, sebagai pemain lama dalam industri automotif, pihaknya berbangga untuk mengembangkan portfolio dengan jenama smart dan berada di barisan hadapan revolusi EV di Malaysia.

“Teknologi inovatif smart serta pendekatan yang berfokus kepada pelanggan selaras dengan visi kami untuk menawarkan pengalaman automotif yang luar biasa.

“Kami teruja untuk menyambut pelanggan bagi meneroka masa depan mobiliti di smart Kuantan,” katanya.

Dalam pada itu, Pemilik Pengedar Ghee Hua Co. Sdn. Bhd., Kevin Law berkata, pembukaan smart Kuching menandakan era baharu mobiliti elektrik di Sarawak.

“Sebagai pengedar automotif yang dipercayai, kami teruja untuk memperkenalkan penyelesaian EV inovatif smart ke Sarawak, menawarkan kepada pelanggan mengenai teknologi canggih dan pilihan yang berasaskan kelestarian,” katanya.

Bersempena dengan perkembangan jenama ini, smart Malaysia memperkenalkan kempen eksklusif Feb-ulous Deals sepanjang Februari, menjadikan pemilikan smart lebih jimat dan berbaloi.

Pelanggan. kini boleh menikmati penjimatan segera 10 peratus dengan nilai keseluruhan sehingga RM31,000 untuk smart #1 dan smart #3, serta hadiah istimewa termasuk smartCharge Home Charger dengan pemasangan standard percuma, kredit pengecasan bernilai RM1,000, dan keistimewaan korporat eksklusif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya