PKNP rancang buka kawasan perindustrian baharu

PKNP rancang buka kawasan perindustrian baharu bernilai RM268 juta 

MOHD. Faizal Jaafar (tengah) ketika menyempurnakan Majlis Soft Launch Sambutan 60 Tahun Penubuhan PKNP di Kompleks Teruntum di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) berhasrat membuka kawasan perindustrian baharu jika kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM268.9 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). 

Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Datuk Mohd. Faizal Jaafar berkata kawasan perindustrian itu dijangka akan dibina di Gebeng, di sini dan Lipis.

“Dalam RMK13 kita ada mohon peruntukan, kalau diluluskan nanti oleh pihak Kementerian Ekonomi atau kerajaan persekutuan, kita akan bangunkan kawasan perindustrian baharu yang siap dengan infrastruktur. 

“Kita akan bina di Gebeng kerana kawasan itu masih lagi berpotensi dan kita masih lagi mempunyai tanah. Dan di Lipis juga yang merupakan bandar pertahanan kita. 

“Fokus kita ialah kepada IKS (Industri Kecil dan Sederhana) kerana ia lebih mudah dan tidak memerlukan modal besar selain mendapat permintaan tinggi daripada pemain tempatan atau pelaburan langsung domestik (domestic direct investment),” katanya dalam sidang akhbat selepas merasmikan Majlis Soft Launch Sambutan 60 Tahun Penubuhan PKNP di Kompleks Teruntum di sini semalam.

Tambah Mohd.Faizal, dengan kewujudan kawasan perindustrian dilengkapi dengan segala infrastruktur memboleh pelabur yang masuk dan memulakan perniagaan mereka. 

“Kali ini konsep kita sudah siap dengan infrastruktur. Itu yag kita minta peruntukan dari pihak Kementerian Ekonomi. 

“Maksudnya pelabur kalau dia datang dia sekadar ‘plug and play’. Semua infrastruktur telah disiapkan, mereka tinggal dapatkan kelulusan kebenaran merancang (KM) dan buat kilang terus,” ujarnya. 

Dalam pada itu, beliau berkata PKNP menandatangani perjanjian usahasama dengan Fire Phoenix International (M) Sdn. Bhd. untuk membangunkan pusat data di Pahang Technology Park, Gambang dengan pelaburan RM450 juta.

“Kita dalam proses mendapatkan semua kelulusan sebelum boleh mula dilaksanakan, dijangkakan ia mengambil masa setahun atau setahun setengah.

“Seperti kenyataan akhbar menteri besar sebelum ini, pusat data ini menyediakan platform berkaitan pertanian dan ia pertama kalinya dibangunkan di Pahang dan Pantai Timur,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan PKNP merancang 20 program bersempena ulang tahun agensi itu antaranya Majlis Doa Selamat dan Ceramah Perdana di Masjid Sultan Ahmad Shah Satu, Larian Tangga Kompleks Teruntum dan PKNP Fun Ride & Run 2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya