PETALING JAYA: Iconic Maison Sdn. Bhd. (Iconic Maison), anak syarikat milik penuh Iconic Worldwide Berhad (Iconic Worldwide) melalui projek pembangunannya, Iconic Harmony menganjurkan Cabutan Bertuah Menangi Kereta Impian pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina.
Dalam majlis itu, seorang pemilik bertuah, Ong Juey Jia membawa pulang sebuah Honda WR-V 1.5L S.
Pengerusi Eksekutif Iconic Worldwide, Datuk Seri Tan Kean Tet berkata, pihaknyaa teruja meraikan detik istimewa itu bersama komuniti mereka dan memberikan ganjaran kepada pelanggan dengan cara yang bermakna.
“Acara ini menggambarkan semangat perpaduan dan kemewahan yang diraikan sempena Tahun Baru Cina,” katanya dalam kenyataan.
Meneruskan kejayaan pelancaran awal terdahulu dan perkembangan pesat Iconic Harmony, Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina yang diadakan pada 2 Februari 2025 itu sekali lagi mencapai kejayaan besar.
Iconic Harmony merupakan projek pembangunan bercampur yang unggul di Alma, Bukit Mertajam, menawarkan 751 unit kediaman pegangan bebas mampu milik dan 16 lot kedai dua tingkat.
Direka dengan konsep kemewahan mampu milik, ia dilengkapi dengan lebih daripada 30 kemudahan moden, termasuk kolam renang infiniti, taman air kanak-kanak, separuh gelanggang bola keranjang, jakuzi, kawasan hijau yang subur, kawasan rekreasi, dan bilik gim.
Ia juga terletak secara strategik di persimpangan Jalan Rozhan dan Jalan Alma, lokasi Iconic Harmony hanya beberapa minit jauh dari kedai makanan dan minuman, bank, pasar basah, sekolah, Hospital Bukit Mertajam, dan pelbagai pasar raya seperti AEON MALL & LOTUS.
Iconic Harmony turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menyertai perayaan itu dan berharap untuk mencipta lebih banyak detik bermakna di tahun yang akan datang.
Cabutan Bertuah Kereta yang seterusnya akan menawarkan hadiah seperti Tesla Model 3 dan BYD ATTO 3. – UTUSAN