Pasaran saham ditutup rendah - Utusan Malaysia

Pasaran saham ditutup rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup rendah apabila susut 16.22 mata kepada 1,568.03 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,582.25 pada penutup Isnin.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,582.73.

Jumlah dagangan sebanyak 3.13 bilion unit bernilai RM2.64 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 905 berbanding 217 dengan 389 kaunter tidak berubah dan 839 tidak diniagakan.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menurun 539.15 mata atau 1.39 peratus kepada 38,237.79 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 0.57 peratus kepada 2,630.29 dan Indeks STI Singapura turun 0.23 peratus kepada 3.918.91. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya