PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup 8.84 mata lebih rendah kepada 1,582.76 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,591.60 ada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,592.48.
Jumlah dagangan sebanyak 2.98 bilion unit bernilai RM1.95 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 715 berbanding 313 dengan 465 kaunter tidak berubah dan 815 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menurun 24.82 mata atau 0.063 peratus kepada 39,174.62 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 0.75 peratus kepada 2.610.42 manakala, Indeks STI Singapura turun 0.62 peratus kepada 3.901.51. – UTUSAN