Northport tidak terlibat isu kenderaan tersadai di Pelabuhan Klang - Utusan Malaysia

Northport tidak terlibat isu kenderaan tersadai di Pelabuhan Klang

Kenderaan yang tersadai di Pelabuhan Klang akibat kejadian kapal kargo terbakar, dengan ada antaranya mengalami pelbagai kerosakan akibat kebakaran. - GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Northport (Malaysia) Bhd. (Northport) tidak terlibat dalam pertikaian antara pemilik kenderaan, syarikat perkapalan dan ejen perkapalan mengenai isu kenderaan yang kini berada di Pusat Transit Kenderaan (VTC) Northport seperti yang dilaporkan dalam media tempatan dan media sosial baru-baru ini.

Northport berkata, walau bagaimanapun, pihaknya komited untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan termasuk Lembaga Pelabuhan Klang dan Jabatan Kastam, mengikut semua undang-undang yang terpakai untuk memudahkan penyelesaian secara baik bagi pihak yang berkenaan.

“Kami ingin menjelaskan bahawa Northport bukanlah antara pihak yang terlibat di dalam pertikaian ini.

“Memandangkan rundingan sedang berjalan, kami menggesa semua pihak untuk mengelak daripada membuat sebarang kenyataan spekulatif, tidak bertanggungjawab atau tidak tepat mengenai isu ini,” menurut kenyataan itu.

Media sebelum ini melaporkan, hampir 1,000 kenderaan yang sepatutnya dihantar ke Kota Kinabalu didakwa tersadai di Pelabuhan Klang selepas kapal kargo yang membawanya terbabit kebakaran pada 3 Disember 2024.

Dalam perjalanan ke kepulauan Borneo, kapal kargo itu dilaporkan terbakar pada kedudukan 9.1 batu nautika berhampiran Tanjung Labuh, Batu Pahat, memaksa ia ditunda kembali ke Pelabuhan Klang.

Sebuah video dimuat naik oleh akaun TikTok menunjukkan deretan kenderaan yang diparkir, dengan ada antaranya mengalami pelbagai kerosakan akibat kebakaran itu.

Video itu mendakwa pemilik kenderaan perlu membayar 60 peratus nilai kereta jika mahu mendapatkan kembali kenderaan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya