Minat terhadap motosikal buatan China semakin meningkat - Utusan Malaysia

Minat terhadap motosikal buatan China semakin meningkat

SKUTER terbaharu keluaran Aveta, Nova 160 (kiri) dan Nova 125 (tengah dan kanan) bakal berada di pasaran pada Mac ini. - UTUSAN/ZABRY MOHAMAD MADZLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sambutan terhadap motosikal keluaran China di pasaran tempatan meningkat kepada 30 peratus sejak lima tahun lalu.

Pengarah Urusan Aveta Malaysia, Steven Lim berkata, peningkatan itu berdasarkan keyakinan pengguna terhadap khidmat lepas jualan khususnya alat ganti yang disediakan oleh pengedar di negara ini.

Menurutnya, selain itu, kualiti produk yang baik turut mendorong peningkatan keyakinan pengguna terhadap motosikal buatan China.

“Lima tahun lagi sambutan terhadap motosikal dari China pasti akan bertambah.

“Pengguna amat mementingkan kemudahan untuk mendapatkan alat ganti. Mereka risau, kalau motosikal rosak, di mana boleh baik pulih.

“Kalau kerisauan ini dapat diatasi, maka sambutan terhadap motosikal dari China pasti bertambah lima tahun lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau ditemui dalam majlis pelancaran skuter terbaharu keluaran Aveta, iaitu Nova 125 dan Nova 160 di Setia Alam di sini.

Nova 125 yang berharga RM5,188 dan Nova 160 RM7,988 tidak termasuk insurans serta cukai jalan bakal berada di pasaran pada Mac ini.

Steven memberitahu, pihaknya menyasarkan jualan bagi kedua-dua model sebanyak 7,000 unit pada tahun ini.

Jelasnya, pihaknya menjangkakan sambutan terhadap Nova 125 adalah di kawasan luar bandar manakala Nova 160 di bandar.

“Kita menyasarkan golongan profesional yang baharu kerja bagi kedua-dua model skuter ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya