MCMC teliti perkara akhir sebelum luluskan U Mobile sebagai pengendali 5G kedua - Utusan Malaysia

MCMC teliti perkara akhir sebelum luluskan U Mobile sebagai pengendali 5G kedua

MENTERI Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil (lima kiri) pada pelancaran pembukaan Pusat Pelanggan Persendirian Premier OCBC di Bangsar di sini semalam. Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Malaysia, Tan Chor Sen (dua kanan) dan Pengerusi OCBC Bank Malaysia, George Lee (dua kiri). - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti beberapa perkara terakhir sebelum mengeluarkan surat kelulusan bagi membolehkan U Mobile Sdn. Bhd. (UMobile) meneruskan pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua Malaysia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perancangan perniagaan daripada pihak UMobile telah diberikan lebih awal dan difahamkan mereka juga telah membuat beberapa pengumuman tentang tarikh permulaan pelaksanaan.

“MCMC dalam proses untuk meneliti beberapa perkara terakhir sebelum satu surat akan dikeluarkan untuk membolehkan pihak UMobile meneruskan pelaksanaan pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua.

“Jadi kita jangkakan mungkin dalam tempoh seminggu dua ini.

“Bagaimanapun, urusan di dalam Digital National Berhad (DND) bukan salah satu agensi bawah jagaan saya. Jadi, saya rasa mungkin pihak media boleh rujuk dengan pihak DND sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pembukaan Pusat Pelanggan Persendirian Premier OCBC di Bangsar di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua, beliau berkata, kerajaan masih belum dalam fasa untuk mengumumkan secara khusus mengenai JENDELA Fasa 2.

“Bagaimanapun, sebuah firma pengurusan projek telah dilantik bagi meneliti aspek-aspek berkaitan pelaksanaannya.

“Dalam fasa ini, kita mungkin tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada infrastruktur menara telekomunikasi seperti dalam fasa satu, yang menggunakan menara setinggi 60 hingga 76 meter.

“Sebaliknya, kita akan mencari penyelesaian yang lebih bersesuaian dengan keperluan setiap kawasan. Jika sesuatu kawasan mempunyai cabaran geografi tertentu, penyelesaian berbeza mungkin diperlukan,” katanya.

Fahmi berkata, kerajaan juga berkemungkinan akan memberi lebih fleksibiliti kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam pelaksanaan.

“Dalam JENDELA Fasa 1, terdapat beberapa perkara yang terlalu longgar dan ada juga yang terlalu ketat. Oleh itu, kita mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku sebelum ini supaya dapat melaksanakan fasa seterusnya dengan lebih baik.

“Saya percaya ada banyak perkara yang boleh dilakukan dengan lebih baik dan ada juga kesilapan yang perlu diperbetulkan. Sebagai contoh, membina menara setinggi 76 meter di kawasan tertentu memerlukan perancangan lebih teliti.

“Selain itu, kita juga perlu memikirkan cara terbaik untuk menarik bakat dalam bidang ini serta memastikan kelancaran pelaksanaan projek.

“Saya turut percaya sesiapa yang merancang sebelum ini mungkin tidak mengambil kira beberapa aspek penting yang seharusnya diberi perhatian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya