MBSB Bank rai ulang tahun ke-75 bersama warga kerja - Utusan Malaysia

MBSB Bank rai ulang tahun ke-75 bersama warga kerja

WAN Kamaruzaman Wan Ahmad (depan tengah) bersama ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan MBSB Bank Berhad selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-75 dan Tahun Baharu Cina hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MBSB Bank meraikan ulang tahunnya yang ke-75 dengan penuh makna, diserikan lagi dengan sambutan Tahun Baharu Cina bersama warga kerjanya di Menara MBSB hari ini.

Acara itu bukan sahaja menghidupkan semangat perayaan masyarakat Cina, tetapi juga menjadi simbol perjalanan panjang MBSB dalam membina legasi dan hala tuju masa depan.

Pengerusi MBSB, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad berkata, perayaan itu lebih bermakna kerana ia menggabungkan kegembiraan Tahun Baharu Cina dengan pencapaian 75 tahun MBSB dalam berkhidmat kepada rakyat Malaysia

“Singa melambangkan keberanian dan kemakmuran-nilai-nilai yang sejajar dengan slogan kami, ‘Be Bold. Bank Smart.’

“Dalam meraikan detik bersejarah ini, kami terus komited terhadap inovasi, kecemerlangan dan keterangkuman,” katanya dalam kenyataan.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan tarian singa tradisional.

Kedua-dua elemen ini menggambarkan kekuatan, pertumbuhan dan inovasi yang telah menjadi teras kepada MBSB sejak penubuhannya pada 1950.

Seiring dengan pertumbuhan MBSB, ia terus berpegang teguh kepada misinya dalam menyokong pelanggan dan pemegang taruh dengan menawarkan penyelesaian kewangan pintar, sambil mengekalkan warisan dan nilai-nilai yang telah membentuknya sejak tujuh dekad lalu.

MBSB Bank antara institusi perbankan terawal di Tanah Melayu yang dahulunya terkenal sebagai ‘Building Society’ bank. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya